Pertambahan 2 kes positif baharu yang merupakan jumlah kes COVID-19 paling rendah dicatatkan di Malaysia mulai dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 adalah sebanyak 8,338 kes dan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 1,206 kes.
Untuk makluman, 1 kes adalah kes import dari luar negara dan 1 kes bukan warganegara Malaysia.
Pertambahan 1 kes kematian dicatatkan dengan keseluruhan kes adalah sebanyak 118.
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkaitan penularan wabak COVID-19.